Kelas Advokasi (Modul Building Resilience)

15 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 14 September 2019 (Jumaat), Pusat Internet Rantau Panjang Sibu telah mengadakan Kelas Advokasi berpandukan Modul Building Resilience. Objektif kelas petang itu adalah mengukuhkan pengetahuan Advokasi dengan Modul Building Resilience antara peserta. Aktiviti ini diadakan selama 2 jam dari jam 10 pagi hingga 12 tengahari. Seramai 9 orang peserta yang hadir iaitu 7 peserta lelaki dan 2 peserta perempuan. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah.

Kelas Advokasi pada petang itu adalah berkenaan topik dari Modul Resilience. Dimana diterangkan secara menyeluruh kepada peserta tentang Buli Siber, Sexting, Pengantunan Dalam Talian, Pengawasan Kanak-Kanak Dalam Talian, Ketagihan Internet dan Peranan Ibu Bapa serta penjaga dalam era siber masa kini. Kemudian sesi soal jawab dalam bentuk Kuiz bagi mengukur sejauh mana pemahaman mereka dengan tajuk Advokasi petang tersebut. Hasil daripada kelas petang tersebut didapati peserta memahami apa yang dikongsikan dalam kelas tersebut. Keseronokan peserta dapat dilihat dalam Kuiz. Kami berharap impak dari penerangan terperinci ini dapat membantu peserta-peserta mengingati pentingnya dari Modul Resilience dengan lebih dalam.

# Klik Dengan Bijak

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali