Kelas Multimedia (Canva - Logo) & Advokasi (Penipuan Kewangan)
18 November 2019 | Aktiviti TerkiniPada 17 November 2019 (Sabtu), Pusat Internet Rantau Panjang Sibu telah mengadakan Kelas Softskill (Mentor Mentee) dan Advokasi (Penipuan Kewangan). Objektif kelas itu adalah memantapkan pemahaman peserta-peserta dalam Advokasi (Penipuan Kewangan) dan Softskill Mentor Mentee. Kelas ini diadakan selama 3 jam dari jam 2 hingga 5 petang. Seramai 9 orang peserta yang hadir iaitu 4 peserta lelaki dan 5 peserta perempuan. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah.
Kelas dibahagikan kepada 2 sesi iaitu Kelas Advokasi sejam manakala Kelas Multimedia 2 jam. Dalam kelas Advokasi ini adalah berkenaan topik Penipuan Kewangan. Pada sesi ini, penerangan tentang apa itu Penipuan Kewangan, jenis-jenis penipuan, contoh-contoh penipuan serta bagaimana mengelak dari menjadi mangsa Penipuan Kewangan yang sedang berleluasa masa kini. Seterusnya dalam Kelas Multimedia (Canva - Logo) pula, peserta diberi tugas untuk membuat logo bagi premis masing-masing. Pusat Internet Rantau Panjang memberi peluang kepada peserta untuk meneroka Canva. Pada kelas tersebut, peserta diberi kebebasan untuk menghasilkan logo mereka sendiri dengan menggunakan Templates, Photo, Elements, Text dan Background pada Canva tersebut.
Daripada kelas petang tersebut didapati peserta memahami apa yang dikongsikan dalam sesi Kelas Advokasi. Manakala untuk Kelas Multimedia peserta dapat menambah pengetahuan mereka dengan lebih mendalam dengan menggunakan Canva dalam olahan Logo. PI Rantau Panjang berharap peserta dapat mempraktikalkan ilmu yang dikongsikan lebih-lebih lagi dalam pembelajaran peserta dalam persekolahan mereka hari ini dan akan datang. Semoga ilmu yang dikongsikan ini dapat membantu mereka untuk terus berjaya.
# SEMOGA BERJAYA!
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: