Kelas Multimedia (Canva – Christmas Card) & Advokasi (Keselamatan Komputer)

23 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Disember 2019 (Ahad), Pusat Internet Rantau Panjang Sibu telah mengadakan Kelas Multimedia (Canva – Christmas Card) dan Advokasi (Keselamatan Komputer). Objektif kelas itu adalah memantapkan pemahaman peserta-peserta dalam Advokasi (Keselamatan Komputer) dan Kelas Multimedia (Canva – Christmas Card). Kelas ini diadakan selama 3 jam dari jam 2 hingga 5 petang. Seramai 9 orang peserta yang hadir iaitu 5 peserta lelaki dan 4 peserta perempuan. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah.

Kelas dibahagikan kepada 2 sesi iaitu Kelas Advokasi sejam manakala Kelas Multimedia 2 jam. Dalam kelas Advokasi ini dikongsikan tentang Keselamatan Komputer. Peserta diterangkan Keselamatan Komputer iaitu Apa yang sepatutnya dilakukan bagi mengawasi Kanak-kanak dalam talian, 4 kepentingan untuk melindungi komputer, 9 jenis insiden komputer yang dilaporkan di Malaysia dan berkenaan dengan Malware. Seterusnya dalam Kelas Multimedia (Canva - Christmas Card) pula, peserta diberi tugas untuk membuat Kad Krismas masing-masing. Pusat Internet Rantau Panjang memberi peluang kepada peserta untuk meneroka Canva. Pada kelas tersebut, peserta diberi kebebasan untuk menghasilkan kad mereka sendiri dengan menggunakan Templates, Photo, Elements, Text dan Background pada Canva tersebut.

Daripada kelas petang tersebut didapati peserta memahami apa yang dikongsikan dalam sesi Kelas Advokasi. Manakala untuk Kelas Multimedia peserta dapat menambah pengetahuan mereka dengan lebih mendalam dengan menggunakan Canva dalam olahan Card. PI Rantau Panjang berharap peserta dapat mempraktikalkan ilmu yang dikongsikan lebih-lebih lagi dalam pembelajaran peserta dalam persekolahan mereka hari ini dan akan datang. Semoga ilmu yang dikongsikan ini dapat membantu mereka untuk terus berjaya.

# SEMOGA BERJAYA!

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali