Advokasi – Perlindungan Kanak-Kanak Dalam Talian

9 Februari 2019 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Rantau Panjang, Sibu telah mengadakan Kelas Advokasi yang dengan iaitu Perlindungan Kanak-Kanak Dalam Talian yang berobjektif kesedaran keselamatan kanak-kanak dalam dunia siber. Kelas ini diadakan pada selama 2 jam dari jam 2 hingga 4 petang. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Dalam sesi ini, Slide Perlindungan Kanak-Kanak Dalam Talian dari MCMC panduan kepada para peserta yang hadir. Fokus sesi ini ditekankan kepada kanak-kanak yang mana pengguna Internet di Malaysia paling lama berasa dalam talian secara purata adalah 21 jam seminggu. Disamping itu juga, sesi ini menerangkan kepada peserta yang tergolong dari kanak-kanak terdapat kandungan tidak sesuai seawal 10 tahun dan mereka tidak menyedari bahaya kandungan internet dalam kehidupan mereka.

Dalam pada itu juga, diterangkan juga jenis keganasan media sosial yang melanda golongan ini dan jenis Akta Perlindungan sekiranya keganasan ini belaku kepada mereka. Tip-tip diberikan kepada peserta bagi memastikan persekitaran dalam talian yang selamat untuk kanak-kanak serta perkongsian peringkat diberikan dalam usaha memberi kesedaran dan juga pendidikan kepada mereka. Pada sesi kelas ini juga, Pusat Internet Rantau Panjang memaparkan Pelan Tindakan Perlindungan Kanak-Kanak Dalam Dunia Siber dan menerangkan kepada mereka pentingnya Kelas Advokasi diadakan bagi menjauhi risiko internet Berkongsi Secara Berlebihan, Buli Siber, Sexting dan Cyber Grooming dalam dibendung.

Bagi pengisian seterusnya, Pusat Internet Rantau Panjang mengajak peserta bermain permainan Telefon Rosak ataupun Telepn Berantai dengan bertemakan Advokasi. Rata-rata peserta faham dengan icon yang didedahkan melalui slide yang diberikan adaptasi dalam permainan ini. Melalui pemerhatian, peserta-peserta memberi respon positif dan penuh semangat dalam permainan telefon berantai ini. Semoga pendedahan yang diberikan ini dapat dijadikan garis panduan peserta dalam mereka melayari dunia siber masa kini.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali