Kelas Animasi (Pengenalan Scratch) & Advokasi (Perlindungan Kanak-Kanak Dalam Dunia Siber)

15 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 14 September 2019 (Sabtu), Pusat Internet Rantau Panjang Sibu telah mengadakan Kelas Animasi (Scratch) & Advokasi (Perlindungan Kanak-Kanak Dalam Dunia Siber). Objektif kelas itu adalah memantapkan pemahaman peserta-peserta dalam Modul Perlindungan Kanak-Kanak Dalam Dunia Siber dan pengukuhan Scratch (Animasi). Kelas ini diadakan selama 3 jam dari jam 2 hingga 5 petang. Seramai 9 orang peserta yang hadir iaitu 7 peserta lelaki dan 2 peserta perempuan. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah.

Kelas dibahagikan kepada 2 sesi iaitu Kelas Advokasi sejam manakala Kelas Animasi 2 jam. Dalam kelas Advokasi ini adalah berkenaan topik Modul Perlindungan Kanak-Kanak Dalam Dunia Siber. Pada sesi ini, penerangan tentang apa pentingnya modul ini dikongsikan lebih-lebih lagi Risiko Di Alam Siber Bagi Kanak-Kanak tentang Oversharing, Buli Siber, Sexting, Cyber Grooming dan Perisian Kawalan. Manakala untuk Kelas Animasi – Scratch, peserta diberi pengenalan untuk Scratch. Pada kelas tersebut, peserta diajar bagaimana untuk menggerakan Sprite. Beberapa percubaan Skrip, Kostum dan Bunyi dilakukan dan membangunkan Scracth.

Impak daripada kelas petang tersebut didapati peserta memahami apa yang dikongsikan dalam sesi Kelas Advokasi. Manakala untuk Kelas Animasi peserta menampakan keseronokan mereka belajar Scratch. PI Rantau Panjang berharap peserta dapat mempraktikalkan ilmu yang dikongsikan lebih-lebih lagi dalam pembelajaran peserta dalam persekolahan mereka hari ini dan akan datang. Semoga ilmu yang dikongsikan ini dapat membantu mereka untuk terus berjaya.

# Klik Dengan Bijak

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali