Kelas Multimedia (Scratch 2.0) & Advokasi (Keselamatan Komputer)
3 November 2019 | Aktiviti TerkiniPada 2 November 2019 (Sabtu), Pusat Internet Rantau Panjang Sibu telah mengadakan Kelas Multimedia Animasi (Scratch 2.0) & Advokasi (Keselamatan Komputer). Objektif kelas itu adalah memantapkan pemahaman peserta-peserta dalam Keselamatan Komputer serta Scratch 2.0 (Animasi). Kelas ini diadakan selama 3 jam dari jam 2 hingga 5 petang. Seramai 9 orang peserta yang hadir iaitu 8 peserta lelaki dan 1 peserta perempuan. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah.
Kelas dibahagikan kepada 2 sesi iaitu Kelas Advokasi sejam manakala Kelas Multimedia Animasi 2 jam. Dalam kelas Advokasi ini dikongsikan tentang Keselamatan Komputer. Peserta diterangkan Keselamatan Komputer iaitu Apa yang sepatutnya dilakukan bagi mengawasi Kanak-kanak dalam talian, 4 kepentingan untuk melindungi komputer, 9 jenis insiden komputer yang dilaporkan di Malaysia dan berkenaan dengan Malware. Manakala untuk Kelas Multimedia Animasi – Scratch 2.0, peserta diajar bagaimana untuk menggerakan Sprite. Peserta diajar bagaimana untuk menarikan, berdialog dan menukar warna Sprite mereka serta cara menggerakan Sprite. Peserta juga diajar bagaimana membangunkan Skrip, memilih Kostum dan Bunyi turut diajar pada kelas tersebut.
Impak daripada kelas petang tersebut didapati peserta memahami apa yang dikongsikan dalam sesi Kelas Advokasi. Manakala untuk Kelas Multimedia Animasi peserta menampakan keseronokan mereka belajar Scratch. PI Rantau Panjang berharap peserta dapat mempraktikalkan ilmu yang dikongsikan lebih-lebih lagi dalam pembelajaran peserta dalam persekolahan mereka hari ini dan akan datang. Semoga ilmu yang dikongsikan ini dapat membantu mereka untuk terus berjaya.
#Klik Dengan Bijak
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: