Kolaborasi SK Rantau Panjang (DCS) & Advokasi PI Rantau Panjang

5 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 4 Oktober 2019 (Jumaat), SK Rantau Panjang & Pusat Internet Rantau Panjang Sibu telah mengadakan Kolaborasi SK Rantau Panjang (DCS) & Advokasi bersama PI Rantau Panjang. Objektif kolaborasi ini adalah menilai tahap kompetensi digital murid dalam domain kognitif dan pengukuhan Advokasi kepada pelajar. Aktiviti ini diadakan selama 2 jam dari jam 10 pagi hingga 12 tengahari. Seramai 13 orang peserta yang hadir iaitu 5 peserta lelaki dan 6 peserta perempuan.

Kolaborasi ini adalah bagi menjayakan Pembestarian Sekolah Gelombang 4: Konsolidasi dan Kelestarian (2011-2020) dibawah Penyelarasan Bestari SK Rantau Panjang Pn. Sabrina Bt. Reduan selaku guru pengiring dalam Program DCS iaitu Digital Compentency Survey. Digital Compentency Survey (DCS) merupakan aktiviti yang dilaksanakan bagi menilai tahap kompentensi murid dalam dominan kognitif. DCS diadakan di PI Rantau Panjang kerana kemudahan komputer dan access internet yang baik dapat menjayakan program ini. Oleh yang demikian kolaborasi ini diadakan di PI Rantau Panjang bagi menggunakan talian internet yang baik dalam program ini.

Setelah tamat DCS, taklimat Advokasi diberikan kepada pelajar dan guru mengabungkan 3 Modul iaitu Modul Perlindungan Kanak-Kanak Dalam Dunia Siber, Modul Jenayah Siber: Hak, Tanggungjawab & Perlindungan dan Modul Pengurusan Risiko Dalam Talian bagi memberi gambaran jelas kepada pelajar-pelajar yang hadir. Hal ini kerana untuk memberi gambaran yang jelas kepada peserta pentingnya Agenda-Agenda seperti Siber Buli, Maklumat Palsu, Cyber Grooming, Sexting dan lain-lain lagi diperkongsikan oleh PI Rantau Panjang selama ini serta promosi PI Rantau Panjang dari segi fungsi, pelaksanaan dan program yang dilakukan.

Daripada kolaborasi ini, didapati pelajar memahami apa yang dikongsikan PI Rantau Panjang. Bagi DCS pula, ke semua pelajar dapat menghabiskan DCS mereka dengan jaya. Semoga kolaborasi ini dapat diteruskan untuk program yang akan datang.

#KLIK DENGAN BIJAK – TERIMA KASIH

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali