Kelas Advokasi – Buli Siber dan Kelas Internet - Website

28 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 27 Oktober 2019 (Ahad), Pusat Internet Rantau Panjang telah mengadakan kelas Advokasi – Buli Siber dan Kelas Internet – Website. Kelas ini telah berlangsung selama 2 jam iaitu dari jam 10 pagi hingga 12 tengahari. Seramai 5 orang peserta telah hadir ke kelas ini iaitu terdiri daripada pelajar sekolah rendah.

Kelas Advokasi adalah bertujuan untuk meningkatkan lagi pemahaman peserta tentang buli siber dan kelas internet adalah menerangkan dan mengenali website atau laman sesawang yang ada di internet. Kelas advokasi dimulakan dengan penerangan definisi buli siber, punca nya buli siber dan kesan kepada pengguna jika buli siber tidak dibendung. Tambahan, kelas juga dikongsikan dengan cara cara mencegah daripada menjadi mangsa buli siber di dalam talian. Selepas itu, kelas diteruskan dengan pembelajaran Internet tentang website. Peserta telah diterangkan maksud website dan diberi contoh website yang yang ada diinternet supaya mereka mengenal website di dalam internet. Peserta juga dikongsikan e-newspaper dimana perbezaan newspaper traditional dan digital seperti berita bercetak dan berita digital dimana hanya di internet sahaja. Berita digital boleh dilayari dengan website.

Ksimpulannya, kelas advokasi dapat memupuk kesedaran tentang buruk nya internet jika disalah gunakan dan dapat menilai sendiri kesan nya sebelum klik atau sebelum bertindak dalam talian. Peserta juga dapat mempelajari tentang website yang sebelum ini mereka hanya klik sahaja di internet tanpa mengenal website yang mereka layari. Selepas kelas ini berakhir, baru lah pelajar mengenali website. Melalui kelas ini, banyak ilmu yang komuniti dapat untuk meningkatkan lagi mutu dan kualiti kehidupan harian mereka.

#Klik Dengan Bijak

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali