Kelas Multimedia (Mewarna Mandala Online) dan Advokasi Jenayah Siber
16 Disember 2019 | Aktiviti TerkiniPada 15 Disember 2019 (Ahad), Pusat Internet Rantau Panjang telah mengadakan kelas Multimedia (Mewarna Mandala Online) dan Advokasi Jenayah Siber. Kelas ini telah dijalankan selama 3 jam iaitu dari jam 2.00 petang hingga 5.00 petang. Seramai 11 orang peserta telah menghadiri kelas ini yang terdiri daripada 8 orang lelaki dan 3 orang peserta perempuan. Kebanyakan peserta yang mengikuti kelas ini adalah kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah.
Kelas ini diadakan adalah untuk meningkatkan menambahkan kreativiti peserta dengan mewarna dan mereka mendala di atas talian dan meningkatkan kesedaran peserta tentang jenayah siber. Peserta dimulakan dengan advokasi dimana telah didedahkan tentang hak, tanggungjawab dan perlindungan dari jenayah siber. Selepas itu, peserta telah diminta untuk melayari website online mandala colouring dan mula mewarna. Pada akhir kelas ini, kesemua peserta dapat mereka mandala mereka dengan sangat kreatif dan mewarna nya dengan cukup menarik. Kesungguhan peserta dalam dalam kelas advokasi juga sangat mengambil perhatian sepanjang kelas dijalankan. Semoga kelas ini sentiasa memberi kesedaran peserta dan komuniti dalam mengatasi masalah siber.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: