Kelas E-Learning (ProProf) dan Advokasi Jenayah Siber
28 Disember 2019 | Aktiviti TerkiniPada 27 Disember 2019 (Jumaat), Pusat Internet Rantau Panjang telah mengadakan Kelas E-Learning dan Advokasi Jenayah Siber. Kelas ini telah dijalankan selama 3 jam iaitu dari jam 2.00 petang hingga 5.00 petang. Seramai 6 orang peserta telah menghadiri kelas ini yang terdiri daripada 3 orang lelaki dan 3 orang peserta perempuan. Kebanyakan peserta yang mengikuti kelas ini adalah kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah.
Kelas ini diadakan adalah untuk menjana minda peserta dengan permainan atas talian dalam penyelesaian masalah dan meningkatkan kesedaran peserta tentang Jenayah Siber. Peserta dimulakan dengan advokasi dimana telah didedahkan tentang jenayah siber yang mendedahkan peserta tentang hak pengguna, tanggungjawab dan perlindungan pengguna. Selepas itu, peserta telah diberi melayari website proprof untuk main permainan atas talian yang lebih kepada pelajaran yang dapat menjana minda peserta.
Pada akhir kelas ini, peserta telah memahami advokasi yang disampaikan kerana dengan tindak balas peserta terhadap soalan yang diajukan dapat dijawab dengan baik. Peserta juga boleh meningkatkan kemahiran berfikir dalam menyelesaikan masalah melalui kelas e-learning ini. Semoga kelas ini sentiasa memberi peluang peserta mempelajari ICT dengan lebih dekat lagi kerana sangat penting di masa ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: