Kelas Advokasi (Jenayah Siber)

17 November 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 16 November 2019 (Sabtu), pusat Internet Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Advokasi tentang Jenayah Siber. Kelas ini berlangsung selama 2 jam iaitu daripada jam 10 pagi hingga jam 12 tengahari. Seramai 5 orang peserta lelaki dimana semua mereka adalah pelajar sekolah rendah. Advokasi Jenayah Siber didedahkan adalah untuk meningkatkan pemahaman peserta tentang jenayah-jenayah siber yang sering berlaku di dalam talian. Peserta telah diterangkan tentang hak, tanggungjawab dan perlindungan oleh pihak SKMM kepada pengguna internet bagi mengelakkan berlaku nya jenayah siber seperti buli siber.

Pada akhir kelas ini, peserta telah memahami advokasi disampaikan oleh Staff PI kepada mereka dan mendalami mesej mesej yang disampaikan tentang pelindungan diri daripada jenayah siber. Diharapkan peserta dapat menggunakan internet dengan bijak seperti program yang selalu diterapkan oleh SKMM iaitu Klik Dengan Bijak bagi mengelakkan Penipuan atas talian dan jenayah siber daripada berlaku.

#Klik Dengan Bijak

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali