Kelas ICT (Mic. Word) & Advokasi (Jenayah Siber)
7 Oktober 2019 | Aktiviti TerkiniPada 6 Ogos 2019 (Ahad), Pusat Internet Rantau Panjang Sibu mengadakan Kelas ICT (Mic. Word) dan Advokasi (Jenayah Siber). Objektif kelas itu adalah memantapkan pemahaman peserta-peserta dalam Jenayah Siber dan kemahiran dalam Microsoft Word. Kelas ini diadakan selama 3 jam dari jam 2 hingga 5 petang. Seramai 9 orang peserta yang hadir iaitu 3 peserta lelaki dan 6 peserta perempuan. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah.
Kelas dibahagikan kepada 2 sesi iaitu Kelas Advokasi sejam manakala Kelas ICT sejam. Dalam kelas Advokasi ini adalah berkenaan topik Jenayah Siber. Pada sesi ini, penerangan tentang apa itu Jenayah Siber, Isu dan Risikonya, Pengetahuan Hak dan Tanggungjawab, serta Pengetahuan Undang-Undang berkaitan dengan Jenayah Siber ini. Dalam kelas ini, kami membawa peserta secara sepintas lalu kerana kami tahu tajuk Advokasi petang itu agak berat untuk peserta fahami.
Kemudiannya, apa yang telah disalin tadi perlu ditaip dalam Kelas ICT. Dalam Kelas ICT ini, peserta diajar untuk menaip berita sepanjang 1 mukasurat penuh kemudian Review – Language – Set Proofing Language serta penggunaan Layout – Page Setup – Columns- Three bagi membawa mereka bagaimana persembahan suratkhabar dibuat. Impak daripada kelas petang tersebut didapati peserta memahami apa yang dikongsikan dalam sesi Kelas Advokasi.
Manakala untuk Kelas ICT peserta dapat menambah pengetahuan mereka dengan lebih mendalam dengan menggunakan Microsoft Word. Kami berharap peserta-peserta kumpulan ini dapat menghadiri kelas yang diadakan di PI Rantau Panjang lebih kerap agar dapat mempraktikalkan ilmu yang dikongsikan lebih-lebih lagi dalam pembelajaran peserta dalam persekolahan mereka hari ini dan akan datang. Semoga ilmu yang dikongsikan ini dapat membantu mereka untuk terus berjaya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: