Kelas Advokasi – Jenayah Siber

27 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 26 Oktober 2019 (Sabtu), Pusat Internet Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Advokasi – Jenayah Siber. Kelas ini berlangsung selama 2 jam iaitu dari jam 9 am hingga 11 am. Kelas ini telah dihadiri sebanyak 6 orang peserta yang dikalangan pelajar sekolah rendah dan menengah. Seramai 5 orang peserta perempuan dan seorang peserta lelaki.

Kelas advokasi – Jenayah Siber ini adalah bertujuan untuk meningkatkan lagi kesedaran komuniti tentang penting nya pengawalan penggunaan internet atau siber di masa kini bagi mengelakkan berlaku nya Jenayah Siber. Di dalam kelas ini, peserta telah diterangkan definisi jenayah siber, kesan kepada pengguna internet jika berlakunya jenayah siber dan bagaimana untuk mengelakkan dari menjadi mangsa jenayah siber.

Di akhir kelas advokasi ini, peserta telah dinilai kefahaman nya dengan membuat soal jawab secara lisan di dalam kelas. Di sesi soal jawab tersebut, kebanyakan peserta telah memahami penerangan yang telah di sampaikan. Semoga peserta dapat mengambil program ini secara positif dalam mengekalkan keamanan negara yang ke arah kemajuan sekarang.

#KLIK DENGAN BIJAK

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali