Kelas PC Hardware Part dan Advokasi Cyber Grooming
22 Disember 2019 | Aktiviti TerkiniPada 21 Disember 2019 (Ahad), Pusat Internet Rantau Panjang telah mengadakan Kelas PC Harware Part dan Advokasi Cyber Grooming. Kelas ini telah dijalankan selama 3 jam iaitu dari jam 9.00 pagi hingga 12.00 tenghari. Seramai 7 orang peserta telah menghadiri kelas ini yang terdiri daripada 5 orang lelaki dan 2 orang peserta perempuan. Kebanyakan peserta yang mengikuti kelas ini adalah kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah.
Kelas ini diadakan adalah untuk memantapkan pemahaman peserta tentang komponen komputer atau hardware komputer dan meningkatkan kesedaran peserta tentang cyber grooming. Peserta dimulakan dengan advokasi dimana telah didedahkan tentang cyber grooming dengan menayangkan video kes kes cyber grooming yang sering berlaku pada peringkat umur bawah 18 tahun. Selepas itu, peserta telah diberi perkongsian tentang part part hardware komputer dan diminta untuk melukis dan menulis fungsi part itu untuk pemahaman peserta.
Peserta telah berbincang secara berkumpulan dan membentangkan hasil kerja mereka. Pada akhir kelas ini, 80% peserta telah memberi hasil yang sangat baik melalui pemahaman mereka selama ini tentang komputer hardware manakala 20% tidak memuaskan dan memerlukan lebih perhatian lagi di dalam kelas. Kesungguhan peserta dalam dalam kelas advokasi juga peserta sangat mengambil perhatian sepanjang kelas dijalankan. Semoga kelas ini sentiasa memberi kesedaran peserta dan komuniti dalam mengatasi masalah cyber grooming.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: