Taklimat Keselamatan Siber di SMK Sungai Merah

19 November 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 18 November 2019 (Selasa), Pusat Internet Rantau Panjang, Sibu telah dijemput oleh Pusat Internet Bandung, Sibu mengadakan Taklimat Keselamatan Siber pasca PT di SMK Sungai Merah. Taklimat ini berobjektif bagi meningkatkan kesedaran peserta tentang keselamatan penggunaan internet dimana diadakan selama 3 jam dari jam 10.30 pagi hingga 12.30 pagi. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar tingkatan 3 yang menduduki PT3 seramai 67 orang dan 2 orang guru.

Dalam taklimat ini, peserta telah didedahkan dengan pengenalan kepada pusat ineternet yang ada di sarawak mahupun seluruh malaysia, menerangkan perkhidmatan yang disedia kan pusat internet dan bengkel yang diadakan kepada pengguna yang datang ke pusat internet dan seterusnya menyampaikan advokasi keselamatan siber bagi meningkatkan kesedaran peserta dalam penggunaan internet harian. Diakhir taklimat, peserta telah di beri kuiz soal jawab bersama Staff PI dan diberi pemberian bagi peserta yang dapat menjawab soalan kuiz bagi mengukur pemahaman peserta dalam taklimat tersebut.

Impak dari Taklimat Klik Dengan Bijak ini, peserta peserta menampakkan kesungguhan dan keseronokan. Penganjur taklimat Pusat Internet Bandung dan kerjasama Pusat Internet Rantau Panjang amatlah memberansangkan. Semoga kerjasama padu ini dapat dikekalkan dan semoga kita dapat berkerjasama di dalam program program lain di masa akan datang.

#KLIK DENGAN BIJAK

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali