Kelas Advokasi (Keganasan Siber) dan Kelas ICT (Email)

2 November 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 01 November 2019 (Jumaat), Pusat Internet telah mengadakan Kelas ICT (Email) dan Advokasi Keganasan Siber. Kelas ini dijalankan selama 3 jam iaitu dari jam 2 petang hingga 5 petang. Seramai 12 orang peserta telah menghadiri kelas ini iaitu 7 orang peserta lelaki dan 5 orang peserta perempuan yang kebanyakan nya pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah.

Kelas ICT (Email) didedahkan untuk memberi pededahan awal tentang pengguna internet iaitu penggunaan email dalam membuat akaun di website dan Advokasi (Keganasan Siber) berobjektif untuk memberi kesedaran kepada peserta tentang bahaya nya keganasan siber. Kelas ini dimulakan dengan kelas ICT, peserta diterangkan tentang kepentingan email dan tujuan penggunaan nya. Peserta juga diminta membuat akaun email dengan bimbingan staff PI. Selepas 2 jam, kelas advokasi diteruskan dengan mendedahkan keganasan siber. Peserta didedahkan tentang peranan pengguna internet jika melihat post atau website tentang keganasan siber dan bagaimana untuk menangani.

Di akhir kelas ini, peserta dapat memahami penggunaan email di dalam internet. Peserta dapat mengetahui lebih dekat tentang bagaimana manfaatkan penggunaan internet. Selain itu juga, peserta dapat meningkatkan kesedaran mereka mengenai keganasan siber yang semakin berleluasa di media sosial dan internet sekarang. Semoga kelas ini boleh memberi manfaat kepada peserta dan mereka boleh berkongsi kan kepada komuniti lain tentang pengetahuan yang mereka telah pelajari di Pusat Internet.

#Awas Dengan Keganasan Siber

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali