Kelas Multimedia (Scratch 2.0) & Advokasi (Keganasan Siber)

11 November 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 10 November 2019 (Ahad), Pusat Internet Rantau Panjang Sibu telah mengadakan Kelas Multimedia (Scratch 2.0) & Advokasi (Keganasan Siber). Objektif kelas itu adalah memantapkan pemahaman peserta-peserta dalam Keganasan Siber serta Scratch 2.0 (Animasi). Kelas ini diadakan selama 3 jam dari jam 2 hingga 5 petang. Seramai 6 orang peserta yang hadir iaitu 5 peserta lelaki dan 1 peserta perempuan. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah.

Kelas dibahagikan kepada 2 sesi iaitu Kelas Advokasi sejam manakala Kelas Multimedia 2 jam. Dalam kelas Advokasi ini dikongsikan tentang Keganasan Siber. Peserta diterangkan Definisi Keganasan Siber, Contoh-Contoh Kumpulan Penganas Islam dan Kumpulan Penganas Bukan Islam, Kenapa Kumpulan penganas menggunakan internet dan media sosial?, Bagaimana Kumpulan penganas mengeksplotasi internet dan media sosial? serta tip-tip memerangi ekstrimisne ini.

Manakala untuk Kelas Multimedia Animasi – Scratch 2.0, peserta diberi kebebasan untuk membangunkan Scratch mereka dengan idea dan karya mereka sendiri. Peserta bebas untuk menarikan, berdialog dan menukar warna Sprite mereka serta cara mengerakkan Sprite. Peserta juga bebas membangunkan Skrip, memilih Kostum dan Bunyi sperti yang telah diajar pada kelas sebelumnya.

Impak daripada kelas petang tersebut didapati peserta memahami apa yang dikongsikan dalam sesi Kelas Advokasi. Manakala untuk Kelas Multimedia peserta seronok membangunkan Scratch mereka dengan karya masing-masing. PI Rantau Panjang berharap peserta dapat mempraktikalkan ilmu yang dikongsikan lebih-lebih lagi dalam pembelajaran peserta dalam persekolahan mereka hari ini dan akan datang. Semoga ilmu yang dikongsikan ini dapat membantu mereka untuk terus berjaya.

# Klik Dengan Bijak

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali