Kelas E-Learning (Educational Games) & Advokasi Penipuan Kewangan Atas Talian atau Internet

5 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 04 Oktober 2019 (Jumaat), Pusat Internet Rantau Panjang telah mengadakan Kelas E-Learning – Educational Games dan Kelas Advokasi – Penipuan Kewangan atas Talian atau Internet. Kelas ini berlangsung selama 2 jam dari jam 2 hingga 4 petang. Sebanyak 13 peserta telah menghadiri kelas ini yang melibatkan 8 orang peserta lelaki manakala 5 orang peserta perempuan. Peserta yang terlibat merupakan dikalangan pelajar sekolah rendah, menengah dan seorang peserta yang sudah bekerja berumur 18 tahun.

Kelas advokasi telah dimulakan pada sesi pertama selama satu jam, manakala kelas E-learning pada sesi kedua selama satu jam. Objektif kelas advokasi ini adalah unuk memantapkan lagi pemahaman peserta terhadap Penipuan Kewangan atas Talian atau Internet dan memberi pendekatan kepada peserta tentang permainan atas talian berasaskan pembelajaran. Pada sesi pertama peserta telah diterangkan tentang penipuan kewangan yang selalu terjadi dikalangan masyarakat dan bagaimana mereka menilai atau mengenal perkara itu adalah satu penipuan. Manakala sesi kedua, peserta diterangkan tentang definisi Permainan atas talian berasakan pembelajaran, kebaikan, ciri-ciri permainan berasakan pembelajaran dan contoh-contoh permainan yang diklasifikasi sebagai permainan atas talian berasaskan pembelajaran.

Melalui kelas ini, peserta dapat mengambil ikhtibar dari kelas advokasi yang kerap didedahkan di waktu kelas supaya tidak terjebak atau tertipu. Selain itu, peserta juga dapat belajar permainan yang berfaedah di atas talian dimana mereka boleh meningkatkan tahap daya ingatan, boleh menyelesaikan masalah dengan cepat dan dapat memantapkan lagi daya pemikiran peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali