Kelas MS Power Point dan Advokasi Panggilan Palsu
29 Disember 2019 | Aktiviti TerkiniPada 28 Disember 2019 (Sabtu), Pusat Internet Rantau Panjang telah mengadakan Kelas MS Office (Power Point) dan Advokasi Panggilan Palsu. Kelas ini telah dijalankan selama 3 jam iaitu dari jam 2.00 petang hingga 5.00 petang. Seramai 6 orang peserta telah menghadiri kelas ini yang terdiri daripada 4 orang lelaki dan 2 orang peserta perempuan. Kebanyakan peserta yang mengikuti kelas ini adalah kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah.
Kelas ini diadakan adalah untuk memantapkan kemahiran peserta dengan MS Office Power Point dan meningkatkan kesedaran peserta tentang panggilan palsu. Peserta dimulakan dengan advokasi dimana telah didedahkan tentang cara mengesan panggilan itu palsu, akibat yang akan berlaku jika percaya dengan panggilan tersebut dan cara mengatasi nya.
Selepas itu, peserta telah diberi diminta untuk membuat slide berkaitan advokasi. Pada akhir kelas ini, kebanyakan peserta telah mahir menggunakan power point. Kesungguhan peserta dalam dalam kelas advokasi juga peserta sangat mengambil perhatian sepanjang kelas dijalankan. Semoga kelas ini sentiasa memberi kesedaran peserta dan komuniti dalam mengatasi masalah penipuan melalui panggilan palsu.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: