Kelas Advokasi Maklumat Palsu dan Kemahiran Keusahawanan

6 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 05 Oktober 2019 (Sabtu), Pusat Internet Rantau Panjang Sibu telah mengadakan Kelas Advokasi Maklumat Palsu dan Kemahiran Keusahawanan. Kelas ini telah berlangsung selama 3 jam iaitu dari pukul 2 hingga pukul 5 petang. Seramai 8 orang peserta telah mengikuti kelas ini yang terdiri daripada 6 orang peserta lelaki dan 2 orang peserta perempuan. Semua peserta adalah dikalangan pelajar sekolah rendah.

Sesi pertama telah dimulakan dengan kelas advokasi iaitu selama satu jam dan sejurus itu kelas keusahawanan pada sesi kedua. Objektif advokasi maklumat palsu didedahkan adalah untuk memantapkan pemahaman peserta tentang penting nya menilai sesuatu perkara yang telah disampaikan atau sesuatu berita yang diterima dan menambahkan pengetahuan tentang bidang keusahawanan dengan menerangkan kemahiran dalam mencari peluang perniagaan. Didalam kelas, peserta telah di minta mencari satu berita atau artikel yang sedia ada di internet dan peserta di minta untuk menilai sendiri tentang maklumat yang mereka lihat atau baca itu adalah benar atau pun tidak. Kebanyakan peserta pandai menilai dan mengenal maklumat yang mereka terima adalah palsu atau benar. Sesi kedua pula, peserta telah diterang kan bagaimana untuk mencari atau menganal pasti peluang perniagaan dengan pelbagai aspek atau faktor sperti mengkaji keperluan manusia, kehendak manusia, kaji sleidik pasaran, melalui bacaan, mempunyai kemahiran, minat akan sesuatu dan melalui pengalaman. Peserta ternyata memahami serba sedikit tentang mencari peluang perniagaan di sekitar kawasan mereka.

Kesimpulan nya, peserta telah memahami tentang bahaya nya mendapat sesuatu maklumat yang tidak tahu kesahihan nya. Peserta sudah tahu mengenal pasti maklumat yang diterima atau disampaikan adalah palsu atau benar. Pada akhir kelas ini juga, peserta juga telah mendapat menjana pemikiran mereka dengan befikir bagaimana untuk memulakan perniagaan dalam mengusahakan sesuatu yang boleh diterima oleh orang ramai. Semoga kelas ini dapat memberi maanfaat kepada peserta peserta yang telah hadir dan juga dapat berkongsi ilmu I ni kepada ibubapa mereka dan orang lain.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali