Kelas E- Learning Sejarah Sibu & Advokasi (Maklumat Palsu)
22 September 2019 | Aktiviti TerkiniPada 21 September 2019 (Sabtu), Pusat Internet Rantau Panjang Sibu telah mengadakan Kelas Enterpreneur (Facebook) dan Advokasi (Maklumat Palsu). Objektif kelas petang itu adalah memantapkan pemahaman peserta-peserta tentang Maklumat Palsu dan Sejarah Sibu. Kelas ini diadakan selama 3 jam dari jam 2 hingga 5 petang. Seramai 12 orang peserta yang hadir iaitu 7 peserta lelaki dan 5 peserta perempuan. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah.
Kelas dibahagikan kepada 2 sesi iaitu Kelas Advokasi sejam manakala Kelas Learning – Sejarah Sibu 2 jam. Dalam kelas Advokasi ini adalah berkenaan topik Maklumat Palsu. Pada sesi ini, penerangan tentang apakah dan bagaimana Maklumat ini terjadi. Selain itu juga, peserta didedahkan jenis-jenis maklumat tidak tepat, palsu dan tanpa pengesahan. Disamping itu juga, diperkongsikan dengan para peserta contoh-contoh maklumat yang tidak tepat serta kemudaratan Maklumat Palsu kepada kita. PI Rantau Panjang juga membawa peserta mengetahui bagaimana memastikan maklumat yang dikongsikan dalam media masa adalah sahih.
Manakala dalam Kelas Learning – Sejarah Sibu adalah permintaan daripada seorang peserta untuk mengenali Sejarah Sibu. Oleh yang demikian, PI Rantau Panjang membawa peserta-peserta kelas pada petang itu mengenali Sibu. Bermula dengan kedatangan Kaum Melanau iaitu peribumi yang pertama datang ke Sibu hinggalah kemasukan Kaum Cina diketuai oleh Wong Nai Siong ke Sibu diperkongsikan dengan peserta-peserta yang hadir petang itu. Pada petang itu juga, peserta-peserta didedahkan dengan Sejarah Rosli Dhoby dengan Bujang Suntong, Morsidi Sidek dan Awang Ramli Amit.
Selain itu, peserta-peserta diajak menjelajah Sibu menggunakan Map Google bagi mengenalpasti lokasi-lokasi bagi nama-nama jalan bagi mengingati tokoh-tokoh sejarah ini. Disamping itu juga, peserta-peserta dipertontonkan beberapa petikan sedutan dari Adaptasi Rosli Dhoby. Impak daripada kelas petang tersebut didapati peserta memahami apa yang dikongsikan dalam sesi Kelas Advokasi. Manakala untuk Kelas Learning peserta dapat mengetahui bagaimana Sejarah Sibu. Kami berharap peserta-peserta yang menghadiri Kelas yang diadakan di PI Rantau Panjang ini dapat mempraktikalkan ilmu yang dikongsikan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: