Kelas ICT

10 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 9 Mac 2019 (Sabtu) telah mengadakan Kelas ICT. Kelas ini diadakan pada selama 2 jam dari jam 9 hingga 11 pagi. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar sekolah rendah yang belajar dalam Tahun 2 dan 3. Dalam kelas ini, 4 peserta ini didedahkan dengan www.kiddle.co dan juga beberapa Youtube berkaitan dengan pembelajaran. Dalam kelas ini, peserta diberi peluang untuk memilih apa yang mereka tontonkan. Antara Youtube yang dipilih adalah Lagu Bangau Oh Bangau, Baby Shark, Old MacDonald In the Farm dan Baby Penguins.

Setiap Youtube, peserta diuji sejauh mana pemahaman mereka dengan setiap Youtube yang dipilih. Apa yang dapat dilihat dari kelas ini, bagi 2 Youtube yang berbahasa Inggeris peserta kurang berminat kerana kurang pemahaman tetapi tetap ini menonton atas sebab ia berbentuk animasi. Pendedahan yang banyak perlu diberikan pada peringkat usia ini. Tanamkan minat untuk membantu mereka. Semoga dengan pendedahan ini keempat-empat peserta muda ini dapat membuka minat mereka untuk terus belajar meskipun ia dalam bentuk bermain.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali