Kelas Animasi (Pengenalan Scratch) & Advokasi (Ketagihan Internet dan Peranan Ibu Bapa)
14 September 2019 | Aktiviti TerkiniPada 13 September 2019 (Jumaat), Pusat Internet Rantau Panjang Sibu telah mengadakan Kelas Animasi (Scratch) & Advokasi (Ketagihan Internet dan Peranan Ibu Bapa). Objektif kelas itu adalah memantapkan pemahaman peserta-peserta dalam Ketagihan Internet dan Peranan Ibu Bapa serta Pengenalan Scratch (Animasi). Kelas ini diadakan selama 3 jam dari jam 2 hingga 5 petang. Seramai 11 orang peserta yang hadir iaitu 5 peserta lelaki dan 6 peserta perempuan. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah.
Kelas dibahagikan kepada 2 sesi iaitu Kelas Advokasi sejam manakala Kelas Animasi 2 jam. Dalam kelas Advokasi ini dikongsikan tentang Ketagihan Internet dan Peranan Ibu Bapa iaitu tentang Takrifan Ketagihan Internet, jenis ketagihan, kesan klinikal & neurologikal dan cara mengatasinya. Manakala Peranan Ibu Bapa pula bagai mana melahirkan warga digital yang hebat.
Manakala untuk Kelas Animasi – Pengenalan Scratch, peserta diberi pengenalan untuk Scratch. Pada kelas tersebut, peserta diajar bagaimana untuk menarikan, berdialog dan menukar warna Sprite mereka serta cara menggerakan Sprite. Beberapa percubaan Skrip, Kostum dan Bunyi dilakukan. Impak daripada kelas petang tersebut didapati peserta memahami apa yang dikongsikan dalam sesi Kelas Advokasi. Manakala untuk Kelas Animasi peserta menampakan keseronokan mereka belajar Scratch. PI Rantau Panjang berharap peserta dapat mempraktikalkan ilmu yang dikongsikan lebih-lebih lagi dalam pembelajaran peserta dalam persekolahan mereka hari ini dan akan datang. Semoga ilmu yang dikongsikan ini dapat membantu mereka untuk terus berjaya.
# Klik Dengan Bijak
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: