Kelas Microsoft Word (Surat Tidak Rasmi) dan Advokasi (Pengenalan Klik Dengan Bijak)
4 November 2019 | Aktiviti TerkiniPada 03 November 2019 (Ahad), Pusat Internet Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Microsoft Word (Surat Tidak Rasmi) dan Advokasi (Pengenalan Klik Dengan Bijak). Kelas ini dijalankan selama 2 jam iaitu dari jam 10 pagi hingga 12 tengahari. Seramai 10 orang peserta mengikuti kelas ini yang terdiri daripada 9 orang peserta perepmpuan manakala 1 orang peserta lelaki. Peserta peserta yang menghadiri kelas kebanyakkannya adalah pelajar sekolah rendah dan menengah.
Kelas ini diadakan adalah untuk mengansahkan lagi kemahiran komputer peserta menggunakan Microsoft Word Office membuat surat tidak rasmi dan memantapkan lagi pemahaman peserta tentang kempen Klik dengan Bijak. Peserta dimulakan dengan slot penegenalan Klik Dengan Bijak, peserta telah didedahkan pengenalan SKMM dan maklamat program advokasi. Selain itu, peserta juga diterangkan kempen kempen yang di buat oleh SKMM untuk mengatasi masalah jenayah siber iaitu melalui program advokasi. Manakala, kelas Microsoft Word pula peserta telah menaip surat tidak rasmi. Melalui kelas ini, peserta dapat belajar menggunakan microsoft word dan teknik menggunakan keyboard beserta dengan fungsi fungsi yang ada di Microsoft Word. Selain itu, peserta dapat belajar bagaimana format surat tidak rasmi.
Pada akhir kelas ini, peserta telah menerima baik pembelajaran yang mereka telah pelajari dengan menyiapkan sepenuh nya surat tidak rasmi mereka. Selain itu, peserta juga telah memberi respon yang sangat baik mengenai kelas advokasi. Peserta sangat mengambil perhatian di dalam kelas serta banyak bertanya dan respon yang sangat baik. Semoga kelas ini dapat memberi banyak manfaat kepada komuniti.
#KlikDenganBijak
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: