Taklimat Klik Dengan Bijak di SMK Kampung Nangka

30 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 29 Oktober 2019 (Selasa), Pusat Internet Rantau Panjang, Sibu telah dijemput oleh Pusat Internet Bandung, Sibu mengadakan Taklimat Klik Dengan Bijak di SMK Kampung Nangka Sibu. Taklimat ini berobjektif bagi meningkatkan kesedaran peserta tentang baik dan buruk nya penggunaan Internet harian dimana diadakan selama 3 jam dari jam 8.00 hingga 10.00 pagi. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar tingkatan 3 yang akan menduduki PT3 seramai 155 orang dan 4 orang guru.

Dalam taklimat ini, peserta telah didedahkan dengan apakah peranan SKMM kepada masyarakat dalam penggunaan internet, menerangkan program program yang SKMM anjurkan untuk pengguna dan seterusnya menyampaikan advokasi Klik dengan bijak bagi meningkatkan kesedaran peserta dalam penggunaan internet harian. Disamping itu juga, peserta telah diberi penerangan tentang MyFreeview peralihan siaran TV analog kepada siaran TV digital. Diakhir taklimat, peserta telah di beri kuiz soal jawab bersama Staff PI dan diberi pemberian bagi peserta yang dapat menjawab soalan kuiz bagi mengukur pemahaman peserta dalam taklimat tersebut.

Impak dari Taklimat Klik Dengan Bijak ini, peserta peserta menampakkan kesungguhan dan keseronokan. Penganjur taklimat Pusat Internet Bandung dan kerjasama Pusat Internet Rantau Panjang amatlah memberansangkan. Semoga kerjasama padu ini dapat dikekalkan dan semoga kita dapat berkerjasama di dalam program program lain di masa akan datang.

#KLIK DENGAN BIJAK

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali