Kelas Advokasi Klik Dengan Bijak

22 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Disember 2019 (Sabtu), Pusat Internet Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Advokasi Klik Dengan Bijak. Kelas ini telah dijalankan selama 2 jam iaitu dari jam 2.00 pagi hingga 4.00 petang. Seramai 10 orang peserta telah menghadiri kelas ini yang terdiri daripada 7 orang lelaki dan 3 orang peserta perempuan. Kebanyakan peserta yang mengikuti kelas ini adalah kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah.

Kelas ini diadakan adalah untuk memantapkan pemahaman peserta tentang Advokasi Klik Dengan Bijak. Peserta telah didedahkan tentang kempen advokasi klik dengan bijak dimana peserta didedahkan penyalahgunaan internet iaitu buli siber, kongsi maklumat berlebihan dan penyebaran maklumat palsu. Peserta juga diberi tips pencegahan untuk mengelakkan dari menjadi mangsa buli siber dan penipuan di internet.

Pada akhir kelas ini, peserta telah memberi respon soal jawab tentang tajuk yang dibincangkan dan aktif didalam kelas. Peserta sangat mengambil perhatian sepanjang kelas dijalankan. Semoga kelas ini sentiasa memberi kesedaran peserta dan komuniti dalam mengatasi masalah penyalahgunaan internet.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali