Kelas Advokasi (Kawal Selia Kendiri)
3 November 2019 | Aktiviti TerkiniPada 2 November 2019 (Sabtu), Pusat Internet Rantau Panjang Sibu telah mengadakan Kelas Advokasi (Kawal Selia Kendiri). Objektif kelas itu adalah memantapkan pemahaman peserta-peserta tentang perlunya Kawal Selia Kendiri. Kelas ini diadakan selama 2 jam dari jam 10 pagi hingga 12 tengahari. Seramai 7 orang peserta yang hadir iaitu 6 peserta lelaki dan 1 peserta perempuan. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah.
Pada sesi kelas pagi itu, PI Rantau Panjang mendedahkan Advokasi dibawah topik Kawal Selia Kendiri kepada peserta yang hadir. Objektif kelas itu adalah memantapkan pemahaman peserta-peserta tentang apa itu Kawal Selia Kendiri serta keperluannya untuk peserta tahu. Selain itu, peserta juga didedakan beberapa kes yang berkaitan hingga memudaratkan dan tip-tip yang perlu dalam Kawal Selia Kendiri ini. Kemudian sesi soal jawab dalam bentuk Kuiz bagi mengukur sejauh mana pemahaman mereka dengan tajuk Advokasi petang tersebut.
Impikasi daripada kelas petang tersebut didapati peserta memahami apa yang dikongsikan dalam sesi Kelas Advokasi ini. Apa yang kami harapkan agar mereka dapat mengawal dan membawa diri mereka dalam era teknologi ini.
#KLIK DENGAN BIJAK
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: