Kelas Basic ICT (Windows) & Advokasi (Kawal Selia Kendiri)
22 September 2019 | Aktiviti TerkiniPada 21 September 2019 (Sabtu), Pusat Internet Rantau Panjang Sibu telah mengadakan Kelas Basic ICT (Windows) & Advokasi (Kawal Selia Kendiri). Objektif kelas itu adalah memantapkan pemahaman peserta-peserta tentang perlunya Kawal Selia Kendiri dan Pengenalan Windows. Kelas ini diadakan selama 2 jam dari jam 10 pagi hingga 12 tengahari. Seramai 7 orang peserta yang hadir iaitu 5 peserta lelaki dan 2 peserta perempuan. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah.
Kelas dibahagikan kepada 2 sesi iaitu Kelas Advokasi sejam manakala Kelas Basic ICT juga sejam. Dalam kelas Advokasi, PI Rantau Panjang mendedahkan Advokasi dibawah topik Kawal Selia Kendiri kepada peserta yang hadir. Objektif kelas itu adalah memantapkan pemahaman peserta-peserta tentang apa itu Kawal Selia Kendiri serta keperluannya untuk peserta tahu. Selain itu, peserta juga didedakan beberapa kes yang berkaitan hingga memudaratkan dan tip-tip yang perlu dalam Kawal Selia Kendiri ini. Kelas Advokasi ini diadakan bagi mempersiapkan peserta-peserta untu Kuiz di Hari Terbuka PI Rantau Panjang pada 28 September 2019.
Manakala untuk Kelas Basic ICT, peserta-peserta dibawa untuk menjelajah Windows secara ringkas. Bermula dengan mengenali This Computer/PC – Downloads – Libraries –Computers – Recycle Bin – Empty The Recycle Bin – Refresh PC – Restart PC. Impak daripada kelas pagi tersebut didapati peserta memahami apa yang dikongsikan dalam sesi Kelas Advokasi. Manakala untuk Kelas Basic ICT peserta menampakan keseronokan mereka menjelajah Windows. PI Rantau Panjang berharap peserta dapat mempraktikalkan ilmu yang dikongsikan lebih-lebih lagi dalam pembelajaran peserta dalam persekolahan mereka hari ini dan akan datang. Apa yang kami harapkan agar mereka dapat mengawal dan membawa diri mereka dalam era teknologi ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: