Aktiviti Kebersihan PI

4 November 2019 | Aktiviti Terkini

3 November 2019 (Ahad): Pusat Internet Rantau Panjang Sibu telah mengadakan Aktiviti Kebersihan PI. Objektif aktiviti ini bagi memupuk kerjasama antara peserta dan amalan kebersihan sekitar. Aktiviti ini diadakan selama 1 jam dari jam 4 hingga 5 petang. Seramai 10 orang peserta yang hadir iaitu 1 peserta lelaki dan 9 peserta perempuan. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah.

Aktiviti ini dijalankan adalah untuk mengeratkan lagi hubungan komuniti dengan staff PI Rantau Panjang dapat dapat mempraktikkan peserta untuk menjaga kebersihan setiap kali mengujungi PI. Aktiviti pembersihan dilakukan di dalam PI dan di kawasan luar PI. Kerja pembersihan yang dilakukan adalah menyapu lantai, mengelap meja dan cermin, mengumpul sampah disekitar kawasan luar PI serta membuang sampah. Selain itu, peserta juga mengemas stor di dalam PI.

Melalui aktiviti ini, peserta juga dapat memupuk nilai mencintai alam sekitar walaupiun dimana jua mereka berada. Kebersihan bukan sahaja dipraktik kan di rumah tetapi di luar juga lebih lebih lagi tempat awam yang dikujungi semua masyarakat. PI Rantau Panjang berharap aktiviti seperti ini dapat dilakukan lebih kerap lagi bagi memupuk perasaan cinta dan sayang kepada Pusat Internet mereka.

#TERIMA KASIH

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali