Kelas ICT (Excel) & Advokasi (Oversharing)
29 September 2019 | Aktiviti TerkiniPada 28 September 2019 (Sabtu), Pusat Internet Rantau Panjang Sibu telah mengadakan sebuah Kelas ICT (Excel – Timetable) dan Advokasi (Perkongsian Berlebihan, “Oversharing”). Kelas tersebut adalah untuk memantapkan pemahaman peserta – peserta dalam advokasi perkongsian secara berlebihan dan penggunaan Excel – Timetable. Kelas ini beroperasi selama 2 jam iaitu dari jam 3 hingga 5 petang. Sebanyak 11 orang peserta telah hadir ke kelas ini iaitu 4 orang peserta lelaki dan 7 orang peserta perempuan. Peserta yang hadir kebanyakan nya adalah pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah.
Kelas ini telah dibahagikan kepada 2 sesi iaitu Kelas Advokasi selama satu jam manakala satu jam lagi adalah untuk Kelas ICT (Excel – Timetable). Dalam kelas advokasi ini diterangkan tentang kesan kepada kehidupan seseorang jika lebih nya berkongsi tentang peribadi di dalam laman sosial. Peserta juga didedahkan dengan kes kes yang pernah berlaku akibat “Oversharing” dengan memberi tayangan video berkaitan advokasi yang dibincangkan. Diakhir sesi, peserta juga diterangkan bagaimana untuk mengelakkan atau mengurangkan “oversharing” dalam laman sosial.
Selain itu, Kelas ICT pula peserta-peserta diajar menggunakan Excel software dengan menbuat satu jadual belajar persendirian dirumah. Peserta telah diajar bagaimana pemilihan font dalam excel dan resize font. Peserta juga diajar untuk membuat garisan jadual dengan mudah menggunakan excel. Sebanyak 70% peserta boleh memahami dengan baik dengan telah mebuat jadual waktu belajar mereka sendiri dengan cantik dan kemas.
Melalui kelas ini, peserta-peserta dapat mempraktikkan pelajaran yang telah dikongsi kan kepada mereka untuk memudahkan pembelajaran mereka di sekolah atau di mana mana jika memerlukan. Ilmu ICT amatlah penting di hari ini untuk tujuan sistematik di dalam setiap perkara. Kami berharap kelas ini dapat menjadi manfaat kepada peserta-peserta dan dapat menarik lebih ramai lagi peserta ke Pusat Internet Rantau Panjang.
# Klik Dengan Bijak
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: