Kelas ICT – Microsoft Word & Microsoft Excel
10 Februari 2019 | Aktiviti TerkiniPada 9 Februari 2019 (Sabtu) telah mengadakan Kelas ICT – Microsoft Word dan Microsoft Excel. Dimana 3 peserta Tahun 3 dan Tahun 2 diberikan latihan menaip karangan pendek dengan penggunakan applikasi Microsoft Word. Manakala 6 peserta dari kalangan pelajar Tahun 4 ke atas dan menengah, diberikan latihan Pengenalan Prinsip Akaun menggunakan Microsoft Excel. Kelas ini diadakan pada selama 2 jam dari jam 2 hingga 4 petang.
Dalam kelas ini, peserta yang membuat latihan Excel diberikan latihan Pengenalan Prinsip Akaun. Mereka didedahkan dengan Prinsip Akaun yang mudah selain penggunaan Alignment – Align Left – Centre – Middle Align – Border – Merge & Centre – Font – Font Size – Editing – AutoSum – Number – Increase Decimal serta Zoom to Page pada print untuk paparan peserta.
Manakala 3 peserta Tahun 3 dan Tahun 2 diberikan latihan menaip karangan pendek dengan penggunakan applikasi Microsoft Word. Selain itu, mereka dikehendaki menukar warna pada font pada perkataan yang dipilih. Ketiga-tiga peserta ini amat seronok dengan latihan yang diberikan. Moga latihan ini dapat menarik minat mereka dan melatih peserta menggunakan Microsoft Word.
Bagi peserta yang membuat latihan menggunakan Microsoft Excel, mereka menunjukan minat dalam latihan yang diberikan. Semoga dengan pendedahan ini dapat membuka minda mereka bagaimana Akaun dibuat bagi peserta yang menggunakan Microsoft Excel. Apa yang kita harapkan, moga pembelajaran yang mereka perolehi dari kelas ini dapat membuka minda mereka walaupun pendedahan Prinsip Akaun terlalu awal didedahkan kepada mereka.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: