Kelas ICT dan Advokasi
9 Mac 2019 | Aktiviti TerkiniPada 8 Mac 2019 (Jumaat), Pusat Internet Rantau Panjang Sibu, Sarawak sekali lagi telah mengadakan Kelas ICT dan Advokasi dengan objektif meningkatkan kreativiti peserta dalam membina slide persembahan dengan penggunakan applikasi Microsoft Powerpoint. Kelas ini diadakan pada sebelah petang selama 2 jam dari jam 2 hingga 4 petang. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar sekolah menengah dan rendah.
Pada sesi tersebut, peserta diberikan peluang untuk membina 3 slides animasi iaitu slide 1 adalah pembukaan, slide 2 isi dan slide 3 adalah penutup. Untuk slide 3, peserta dikehendaki mengarang 1 karangan pendek dengan memasukkan nama Pengurus & Penolong Pengurus bagi menguji tahap kreativiti peserta dalam karangan. Dalam sesi ini peserta akan dikehendaki menggunakan menukar font kepada Bold serta penukaran warna pada perkataan yang dipilih. Disamping itu juga, peserta didedahkan penggunaan Layout serta Design. Akhir sekali, peserta diberi peluang untuk memberi Transitions pada ketiga-tiga slides.
Apa yang menarik dalam kelas ini, 2 peserta merupakan pelajar tahun 2 dan 3 mampu membangunkan slides mereka dengan pemilihan Transitions yang diluar jangkaan kami. Dengan latihan yang diberikan ini, peserta berasa teruja menyiapkan tugasan yang diberikan. Semoga impak pendedahan awal bagi pelajar sekolah rendah dibawah 10 tahun mendapat manfaat dari pendedahan awal ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: