Kelas Microsoft Office (Power Point) dan Kelas Advokasi Building Resilience

16 November 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 15 November 2019 (Jumaat), Pusat Internet Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Microsoft Office (Power Point) dan Advokasi (Building Resilience). Kelas ini telah berlangsung selama 3 jam iaitu dua sesi, 1 jam untuk slot advokasi dan 2 jam lagi adalah kelas Power Point. Sebanyak 10 orang peserta telah menghadiri kelas ini iaitu terdiri daripada 3 orang peserta lelaki dan 7 orang peserta perempuan dimana semua mereka adalah golongan pelajar sekolah rendah dan menengah.

Kelas Microsoft Office (Power Point) adalah untuk memantapkan lagi pengetahuan dan kemahiran pelajar pelajar sekolah rendah dan menengah dalam penggunaan nya dan advokasi pula adalah untuk meningkatkan kesedaran peserta tentang jenayah siber di atas talian. Pada permulaan kelas, peserta telah didedahkan tentang slot advokasi tentang jenis jenis jenayah siber, akibat yang akan berlaku jika jenayah siber tidak dibendung, termasuk tips tips pencegahan bagi mengelakkan berlaku nya jenayah siber. Sejurus itu, Kelas diteruskan dengan pembelajaran Microsoft Office Power Point dimana peserta diminta untuk membuat satu Family Tree menggunakan power point dan bentangkan tentang family tree mereka di hadapan kelas.

Pada akhir kelas ini, ternyata pembelajaran ini sangat memberansangkan kerana semua peserta sangat kreatif dalam membuat Family Tree mereka menggunakan power point dan pada masa yang sama peserta dapat meningkatkan kemahiran kendiri mereka dengan mebentangkan kerja mereka kepada semua peserta di dalam kelas. Sedikit sebanyak, impak kelas yang pusat internet adakan sangat bermanfaat kepada komuniti di PI Rantau Panjang. Semoga program ini sentiasa diteruskan untuk membantu masyarakat luar bandar dari segi ekonomi dan sosial.

#BebasJenayahSiber

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali