Kelas Mengenali Peta Sarawak dan Advokasi

13 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 12 Mac 2019, Pusat Internet Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Mengenali Peta Sarawak kepada 5 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Mereka terdiri daripada 3 lelaki dan 2 perempuan. Mereka diberikan tugasan untuk mencari dan mengenali nama sesebuah bahagian, daerah dan tempat menarik yang terdapat di dalam peta. Matlamat kelas ini diadakan bagi membantu mereka mengenali negeri Sarawak dengan lebih mendalam.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali