Kelas Advokasi (Keselamatan Komputer)

21 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 20 Oktober 2019 (Jumaat), Pusat Internet Rantau Panjang Sibu telah mengadakan Advokasi (Keselamatan Komputer). Objektif kelas itu adalah memantapkan pemahaman peserta-peserta dalam Advokasi Keselamatan Komputer. Kelas ini diadakan selama 2 jam dari jam 2 hingga 4 petang. Seramai 6 orang peserta yang hadir iaitu 6 peserta lelaki sahaja. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah.

Kelas Advokasi sejam dalam kelas Advokasi ini adalah berkenaan Keselamatan Komputer. Peserta diterangkan Keselamatan Komputer iaitu Apa yang sepatutnya dilakukan bagi mengawasi Kanak-kanak dalam talian, 4 kepentingan untuk melindungi komputer, 9 jenis insiden komputer yang dilaporkan di Malaysia dan berkenaan dengan Malware. Kemudian sesi soal jawab dalam bentuk Kuiz bagi mengukur sejauh mana pemahaman mereka dengan tajuk Advokasi petang tersebut. Impikasi daripada kelas petang tersebut didapati peserta memahami apa yang dikongsikan dalam sesi Kelas Advokasi ini. Apa yang kami harapkan agar mereka dapat mengawal dan membawa diri mereka dalam era teknologi ini.

#KLIK DENGAN BIJAK

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali