Kelas Multimedia (Video Editor) & Advokasi (KDB)
30 Disember 2019 | Aktiviti TerkiniPada 29 Disember 2019 (Ahad), Pusat Internet Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Multimedia (Video Editor) dan Advokasi (Klik Dengan Bijak). Kelas ini telah dijalankan selama 3 jam iaitu dari jam 2.00 petang hingga 5.00 petang. Seramai 10 orang peserta telah menghadiri kelas ini yang terdiri daripada 8 orang lelaki dan 2 orang peserta perempuan. Kebanyakan peserta yang mengikuti kelas ini adalah kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah.
Kelas ini diadakan adalah untuk mengansah kemahiran peserta tentang multimedia dan memberi kesedaran peserta tentang penyalahgunaan internet. Peserta dimulakan dengan advokasi dimana telah didedahkan tentang penyalahgunaan internet yang boleh membri ancaman keselamatan kepada pengguna. Setelah itu, peserta diminta untuk membuat satu video yang bertemakan tahun baru 2020.
Pada akhir kelas ini, kebanyakan peserta sangat kreatif dalam menyunting video tahun baru mereka dengan mengunakan software Kizoa di website. Kesungguhan peserta dalam kelas advokasi sangat mengambil perhatian sepanjang kelas dijalankan. Semoga kelas ini sentiasa memberi kesedaran peserta dan komuniti dalam bahaya nya internet jika tanpa kawalan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: