Kelas E-Learning (Math Game Lesson) dan Kelas Advokasi (Pengawasan kanak kanak dalam talian)
9 November 2019 | Aktiviti TerkiniPada 08 November 2019 (Jumaat), Pusat Internet Rantau Panjang telah mengadakan Kelas E-Learning (Math Game Lesson) dan Kelas Advokasi (Pengawasan Kanak-Kanak Dalam Talian). Kelas ini telah berjalan selama 3 jam iaitu dari jam 2 petang hinga 5 petang. Seramai 15 orang peserta telah menyertai kelas ini yang terdiri daripada 7 orang peserta lelaki dan 5 orang peserta perempuan. Semua peserta yang mengikuti kelas ini adalah golongan pelajar sekolah rendah dan menengah.
Kelas E-Learning (Math Game Lesson) adalah untuk memberi keseronokan kepada peserta pelajar sekolah untuk meminati subjek matematik dan Kelas Advokasi Pengawasan kanak-kanak dalam talian pula adalah untuk menyedarkan peserta tentang penting nya melindungi kanak kanak dari menjadi mangsa jenayah siber. Pada sesi pertama, kelas dimulakan dengan advokasi dimana peserta diterangkan kesan-kesan terhadap kanak-kanak jika tiada pengawasan semasa mereka menggunakan internet dan peranan peranan ibu bapa kepada anak anak. Selesai sesi pertama selama 1 jam, kelas diteruskan kelas E-Learning dimana semua peserta diminta untuk menjawab dan menggunakan sendiri website atau aplikasi permainan dalam talian pelajaran matematik. Semua peserta bekerjasama dalam membantu rakan mereka menjawab dan menyelesaikan masalah atau soalan matematik di dalam permainan tersebut.
Melalui kelas ini, peserta dapat menyelesaikan masalah dengan dibantu oleh permainan subjek matematik atas talian. Pusat Internet Rantau Panjang berharap peserta dapat mengadaptasi kan pelajaran mereka di Pusat Internet dan praktik kan nya di luar dan sekolah. Selain itu, pihak PI juga berharap advokasi dapat meningkatkan lagi kesedaran dalam masalah siber pada masa kini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: