Kelas Keusahawanan dan Advokasi Penipuan Kewangan

29 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 28 Disember 2019 (Sabtu), Pusat Internet Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Keusahawanan dan Advokasi Penipuan Kewangan. Kelas ini telah dijalankan selama 2 jam iaitu dari jam 10.00 pagi hingga 12.00 tenghari. Seramai 6 orang peserta telah menghadiri kelas ini yang terdiri daripada 4 orang lelaki dan 2 orang peserta perempuan. Kebanyakan peserta yang mengikuti kelas ini adalah kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah.

Kelas ini diadakan adalah untuk mengenali tokoh tokoh usahawan yang berjaya dan meningkatkan kesedaran peserta tentang penipuan kewangan. Peserta dimulakan dengan advokasi dimana telah didedahkan tentang penipuan kewangan dengan menayangkan video kes kes penipuan kewangan yang sering berlaku pada peringkat umur bawah 20 tahun ke atas. Selepas itu, peserta telah diberi perkongsian tentang sejarah usahawan Colonel Harland Sander pengusaha Kentucky Fried Chicken.

Peserta telah dikongsikan tentang kegagalan dan kejayaan beliau. Pada akhir kelas ini, peserta ternyata dapat mengetahui kunci utama menjadi usahawan berjaya iaitu tidak mudah putus asa. Kesungguhan peserta dalam dalam kelas advokasi juga peserta sangat mengambil perhatian sepanjang kelas dijalankan. Semoga kelas ini sentiasa memberi kesedaran peserta dan komuniti dalam mengatasi masalah penipuan kewangan atas talian.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali