Kelas E- Learning (Mooncake Festival) & Advokasi (Kesedaran Tentang Buli Siber)
16 September 2019 | Aktiviti TerkiniPada 15 September 2019 (Ahad), Pusat Internet Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Advokasi (Kesedaran Tentang Buli Siber). Objektif kelas tersebut adalah untuk memberi kesedaran kepada semua golongan tentang bahaya nya buli siber kepada pengguna internet. Kelas ini juga telah membuat tayangan video sempena Mooncake Faestival atau perayaan kuih bulan yang disambut oleh masyarakat cina setiap tahun. Objektif tayangan video tersebut adalah untuk memberi pendekatan lebih mendalam lagi tentang perayaan kuih bulan. Kelas ini telah berjalan selama 2 jam iaitu dari jam 2 hingga jam 4 petang. Seramai 13 orang peserta yang hadir iaitu 8 peserta lelaki dan 5 peserta perempuan. Peserta yang hadir adalah kalangan pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah.
Kelas advokasi Kesedaran Buli Siber telah mengulas tentang definisi buli siber, punca-punca buli siber berlaku, dan kesan daripada buli siber kepada pengguna internet. Selain itu, kelas juga menekankan buli siber boleh merosak kehidupan seseorang jika tidak dibendung dengan segera. Oleh itu, peserta diberi kesedaran untuk segera memberitahu jika ada nya seperkara sedemikian berlaku kepada diri mereka dengan boleh membuat laporan kepada pihak tertentu atau kepada rakan atau kepada ibu bapa. Manakala tayangan video sempena kuih bulan adalah berkaitan dengan sejarah perayaan kuih bulan di smabut oleh masyarakat cina setiap tahun. Daripada itu, mereka dapat menambah pengetahuan tentang budaya dan adat resam kaum lain untuk keharmonian dan hormat hormati antara masyarakat berbilang kaum.
Daripada kelas tersebut, peserta didapati telah memahami apa yang dikongsi di didalam kelas. Hal ini kerana, kelas advokasi ini sering kali dibicarakan setiap kelas. Walaubagaimanapun, kelas seperti ini harus dikerapkan bagi setiasa menjadi peringatan kepada mereka. Semoga masalah siber dapat dikurang melalui program seperti ini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: