Kelas Advokasi (Pengantunan Dalam Talian) & Penerangan MyFreeview
21 September 2019 | Aktiviti TerkiniPada 20 September 2019 (Jumaat), Pusat Internet Rantau Panjang Sibu telah mengadakan Kelas Advokasi berpandukan Modul Building Resilience. Objektif kelas itu adalah memantapkan pemahaman peserta-peserta tentang Advokasi dan penerangan tentan MyFreeview. Kelas ini diadakan selama 2 jam dari jam 3 hingga 5 petang. Seramai 11 orang peserta yang hadir iaitu 9 peserta lelaki dan 2 peserta perempuan. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah.
Kelas dibahagikan kepada 2 sesi iaitu Kelas Advokasi sejam manakala 1 jam lagi penerangan MyFreeview. Kelas Advokasi pada petang itu adalah berkenaan topik dari Modul Resilience. Dimana diterangkan secara menyeluruh kepada peserta tentang Buli Siber, Sexting, Pengantunan Dalam Talian, Pengawasan Kanak-Kanak Dalam Talian, Ketagihan Internet dan Peranan Ibu Bapa serta penjaga dalam era siber masa kini. Kemudian sesi soal jawab dalam bentuk Kuiz bagi mengukur sejauh mana pemahaman mereka dengan tajuk Advokasi petang tersebut.
Manakala untuk penerangan MyFreeview, peserta-peserta diterangkan dengan terperinci. Peserta-peserta juga dipertontonkan video MyFreeview dalam laman web BSH Boardcasting untuk peserta lebih faham apa dan mengapa adanya MyFreeview. Hasil daripada kelas petang tersebut didapati peserta memahami apa yang dikongsikan dalam kelas tersebut. Keseronokan peserta dapat dilihat dalam Kuiz. Kami berharap impak dari penerangan terperinci ini dapat membantu peserta-peserta mengingati pentingnya dari Modul Resilience dengan lebih dalam begitu juga denganpenerangan MyFreeview
# Klik Dengan Bijak
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: