Kelas Advokasi – Oversharing dan Kelas E-Commerce (Online Marketing – Advertising)

28 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 27 Oktober 2019 (Ahad), Pusat Internet Rantau Panjang telah mengadakan kelas Advokasi Oversharing dan Kelas E-Commerce Online Marketing – Advertising. Kelas ini telah berjalan selama 3 jam iaitu dari jam 2 hingga 5 petang. Sebanyak 10 orang peserta telah menyertai kelas ini iaitu 5 orang peserta perempuan dan selebih nya ialah peserta lelaki. Peserta ini adalah tergolong daripada pelajar sekolah rendah dan menengah.

Objektif advokasi “Oversharing” dikongsikan adalah untuk memupuk kesedaran peserta tentang keburukan perkongsian berlebihan di dalam talian atau di sosial media dan kelas Online marketing atau pemasaran dalam talian bertujuan untuk menambahkan pengetahuan tentang memasarkan produk melalui talian atau online. Kelas advokasi telah diterangkan tentang bagaimana oversharing boleh berlaku dan kesan-kesan yang berlaku jika perkongsian secara berlebihan di dalam internet. Peserta juga di ajar untuk tidak mendedahkan informasi informasi tentang diri secara berlebihan yang boleh mengundang kepada jenayah siber. Kelas E-Commerce pulak berkongsi tentang pemasaran atas talian dengan mengiklankan produk di dalam media sosial. Peserta telah di minta untuk membuat satu iklan produk menggunakan microsoft word dan tukar ke format pdf. Peserta semua nya fokus dan sangat ambil perhatian di dalam kelas dalam mencipta iklan sendiri dimana ada nama produk, jenama, jenis jenis produk ditawarkan, gambar produk, lokasi, nombor untuk dihubungi dan nama kompeni. Semua peserta dapat menyiapkan iklan mereka dengan jaya nya.

Kesimpulannya, peserta telah jelas memahami advokasi yang sering di terangkan pada setiap kelas dijalankan. Peserta banyak memberi respon semasa kelas advokasi diterangkan. Peserta juga memberi respon yang yang positif tentang kelas online markerting dengan berusaha membuat iklan mereka sampai habis. Semoga kelas seperti ini, dapat menarik minat peserta menimba ilmu dunia IT di Pusat Internet. Diharapkan Pusat Internet dapat dijadikan manfaat yang sepenuh nya oleh komuniti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali