Hari Terbuka PI Rantau Panjang 2019

29 September 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 28 September 2019 (Sabtu), Pusat Internet Rantau Panjang Sibu telah mengadakan Hari Terbuka PI Rantau Panjang 2019. Objektif aktiviti ini adalah menyasarkan penglibatan 50 orang yang melibatkan komuniti setempat, mengeratkan silaturahim antara staf pengurusan PI Rantau Panjang dengan komuniti setempat, menambahkan keahlian baru PI sebanyak 20 orang melalui pendaftaran secara percuma sepanjang program berlansung serta memperkenalkan program ICT, Advokasi dan asas keusahawan kepada para pengunjung.

Hari Terbuka ini diadakan selama 4 jam dari jam 8 hingga 12 tengahari. Seramai 158 orang pengunjung yang hadir iaitu 91 pengunjung lelaki dan 67 pengunjung perempuan. Peserta yang hadir adalah dikalangan penduduk berdekatan.

Tentatif Hari Terbuka PI Rantau Panjang 2019

MASA AKTIVITI
8:00 pagi Ketibaan Pengunjung dan peserta pertandingan
Pendaftaran Ahli Baru (Percuma)
8:30 pagi Senaman Pagi
9:30 pagi Pendaftaran Pertandingan
Pertandingan PowerPoint Tema: Jenayah Siber (Terbuka)(sehari sebelum)
Pertandingan Mewarna (Kanak-Kanak)
Lari Bawa Getah (Kanak-Kanak)
Lari Bawa Getah (Dewasa)
Meniup Belon (Kanak-Kanak)
Makan Telur (Kanak-Kanak)
Acara Beraneka (Kanak-Kanak)
Acara Beraneka (Dewasa)
Muzik Chair (Kanak-Kanak & Dewasa)
Kuiz #KDB (Terbuka)
Slot Advokasi #KDB
Slot Penutupan Siaran TV Analog & Perlaksanaan TV Digital MyFreeview
11:00 pagi Majlis Penutupan Program Hari Bersama Komuniti  Pusat Internet Rantau Panjang
Ketibaan Tuai Rumah Franky Anak Bawok
Ucapan oleh Pengurus Pusat Internet Rantau Panjang
Ucapan Penutupan oleh Tuai Rumah Franky Anak Bawok
Penyampaian Hadiah bagi Pertandingan Sempena Hari Bersama Komuniti Pusat Internet Rantau Panjang
Penyampaian cenderahati VIP
12:00 tengahari Jamuan Ringan
12:30 petang Pembersihan
Majlis Tamat / Bersurai

Senarai Pemenang bagi 11 Pertandingan yang diadakan pada Hari Terbuka PI Rantau Panjang 2019

Bil Pertandingan Pemenang
1. PowerPoint Tema: Jenayah Siber (Terbuka) Juspin Samu
Jerry Jantau
Vivylyana Alea
2. Kuiz #KDB (Terbuka) Johnny Idid
Mohd. Quzaimie
Vivylyana Alea
3. Pertandingan Mewarna (Kanak-Kanak) Vivylyana Alea
Frederick Wadley Anak Walter Walt
Valentino Jampi
4. Lari Bawa Getah (Kanak-Kanak) Merliony Johnny
Ramon Tuan
3. Matthius Moses
5. Lari Bawa Getah (Dewasa) Brayson Nanggai
Antonio Nicholas Apau
Catherine
6. Meniup Belon (Kanak-Kanak) Ramon Tuan
Matthius Moses
Amylyana Grace
7. Makan Telur (Kanak-Kanak) Acer Jericho
Amylia Ajik
Jesefenie Sebi
8. Acara Beraneka (Kanak-Kanak) Marcello
Matthius Moses
Ramon Tuan
9. Acara Beraneka (Dewasa) Mohd. Quzaimie
Man
Keling
10. Muzik Chair (Kanak-Kanak) Ramon Tuan
11. Muzik Chair (Dewasa) Vannesa Pricilla

Dalam pada itu, PI Rantau Panjang juga memilih seorang Peserta Paling Aktif iaitu Antonio Nicholas Apau pelajar Tingkatan 2 yang sentiasa menghadiri kelas yang diadakan sepanjang tahun 2019. Beliau terpilih atas kesungguhan beliau dalam setiap kelas yang diadakan. Selain itu, beliau sentiasa menunjukkan inisiatif dalam setiap tugasan yang diberikan. Syabas buat beliau.

Dengan kesempatan ini, PI Rantau Panjang mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada komuniti Rantau Panjang atas sokongan yang diberikan dalam menjayakan Hari Terbuka PI Rantau Panjang 2019. Semoga kita dapat berkerjasama dalam program-program yang dianjurkan oleh PI Rantau Panjang di masa akan datang. Terima kasih tidak terhingga dari kami.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali