Kelas Enterpreneurs & Advokasi (Oversharing)
11 Mac 2019 | Aktiviti TerkiniPada 10 Mac 2019 (Ahad), Pusat Internet Rantau Panjang, Sibu telah mengadakan Kelas Enterpreneurs gabungan dengan Advokasi bertajuk Oversharing yang berobjektifkan pendedahan dan pemahaman tentang Enterpreneures dikalangan peserta. Kelas ini diadakan pada selama 2 jam dari jam 2 hingga 4 petang. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah.
Pada kelas ini, dimulakan dengan Advokasi dengan tajuk Oversharing. Kemudian disambung dengan Youtube Upin Ipin 2013 – Usahawan Muda. Kelas ini mendedahan peserta perihal keusahawanan. Walaupun dalam usia yang agak muda, pendekatan ini difahami oleh peserta kerana rata-rata peserta secara tidak langsung pernah melakukan urusan jual beli dalam nilai yang sedikit tetapi menguntungkan. Hal ini berlaku kerana, ada peserta yang pernah menjual hasil hutan, hasil tangkapan sungai, menjual makanan dan juga buah-buahan dari rumah ke rumah dalam komuniti di Rantau Panjang ini. Dengan pendedahan youtube Upin Ipin ini, moga peserta dapat membangkitkan minat mereka untuk lebih maju ke hadapan dengan jualan oline yang popular pada masa ini.
Apa yang kita harapkan impak dari pendedahan ini dapat menarik minat peserta untuk terus maju dalam urusan jual beli selain daripada kita suntikan pengetahuan jualan online di internet yang berlaku pada masa ini. Melalui pemerhatian, peserta-peserta memberi respon positif dan semangat ingin tahu yang dalam jualan online. Semoga dengan pendedahan ini dapat dimanfaatkan oleh peserta dengan baik untuk masa sekarang dan akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: