Kelas MS Office (Power Point) dan Advokasi E-Waste

15 Disember 2019 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Disember 2019 (Sabtu), Pusat Internet Rantau Panjang teah mengadakan Kelas MS Office (Power Point) dan Advokasi E-Waste. Kelas ini telah berlansung selama 3 jam iaitu dari jam 2 hingga 5 petang. Kelas ini telah dihadiri seramai 10 orang peserta iaitu 3 orang peserta lelaki dan 7 orang peserta perempuan.

Objektif kelas diadakan adalah untuk mengansahkan lagi kemahiran peserta menggunakan MS Office Power Point dan meningkatkan kesedaran peserta tentang barangan elektronik boleh dikitar semula dengan program e-waste. Didalam kelas ini, satu jam pertama kelas telah didedahkan tentang kepentingan dan objektif e-waste dilaksana serta kesan nya kepada pengguna dan industri.

Selepas itu peserta terus disambung dengan kelas MS Office menggunakan Power Point dengan menyediakan diagram atau gambar rajah tentang sebuah tajuk. Peserta telah ditunjuk ajar dengan teliti oleh pelatih. Di akhiri kelas ini, peserta ternyata sangat mengambil perhatian tentang pengitaran semula barang elektronik yang tak digunakan lagi di rumah. Selain itu juga, peserta yang kebanyakan nya dikalangan pelajar sekolah rendah dan menengah boleh belajar awal untuk persiapan mereka pada masa akan datang dalam pelajaran.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali