Kelas Microsoft Office (Mic. Excel & Mic. Word) & Advokasi (Peranan Ibu Bapa)
23 November 2019 | Aktiviti TerkiniPada 22 November 2019 (Jumaat), Pusat Internet Rantau Panjang Sibu telah mengadakan Kelas Mic. Office (Mic. Excel & Mic. Word) dan Advokasi (Modul Building Resilience – Peranan Ibu Bapa). Objektif kelas itu adalah memantapkan pemahaman peserta-peserta dalam Advokasi Modul Building Resilience tentang Peranan Ibu Bapa dalam dunia IT dan kemahiran dalam Microsoft Office. Kelas ini diadakan selama 3 jam dari jam 2 hingga 5 petang. Seramai 12 orang peserta yang hadir iaitu 6 peserta lelaki dan 2 peserta perempuan. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah.
Kelas dibahagikan kepada 2 sesi iaitu Kelas Advokasi sejam manakala Kelas Mic. Office (Mic. Excel & Mic. Word) 2 jam. Dalam kelas Advokasi ini adalah berkenaan topik Modul Building Resilience – Peranan Ibu Bapa. Pada sesi ini, penerangan tentang apakah peranan ibu bapa/penjaga dalam melahirkan warga digital yang hebat dengan membimbing anak-anak dalam talian yang betul, ambil tahu kegiatan anak-anak dalam talian, menyediakan anak-anak dengan keupayaan untuk bertindak dengan betul, menggalakan anak-anak dengan keupayaan untuk keupayaan internet, memasang perisian kawalan pada garjet anak-anak, meneroka bersama anak-anak dunia internet, berkomunikasi dengan anak-anak tentang dunia internet sama seperti saluran laporan dan akhir sekali, perlu adanya waktu tanpa internet bagi anak-anak.
Dalam Kelas Mic. Office (Mic. Excel & Mic. Word) pula, peserta diajar memasukkan beberapa data bagi menghasilkan Carta Pei 2-D menggunakan Mic. Excel kemudian Carta Pei tersebut Copy & Paste ke Mic. Word. Dalam kelas ini, didapati ada peserta yang masih kekok dengan penggunaan mouse bagi fungsi button klik right & left. Namun demikian kimi dari PI Rantau Panjang sentiasa membantu bagi mengatasi masalah ini
Impak daripada kelas petang tersebut didapati peserta memahami apa yang dikongsikan dalam sesi Kelas Advokasi. Manakala untuk Kelas Mic. Office peserta dapat menambah pengetahuan mereka dengan lebih mendalam dengan menggunakan Microsoft Excel & Microsoft Word. Kami berharap peserta-peserta kumpulan ini dapat menghadiri kelas yang diadakan di PI Rantau Panjang lebih kerap agar dapat mempraktikalkan ilmu yang dikongsikan lebih-lebih lagi dalam pembelajaran peserta dalam persekolahan mereka hari ini dan akan datang. Semoga ilmu yang dikongsikan ini dapat membantu mereka untuk terus berjaya.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: