Kelas Multimedia (Photografi Mini Studio) & Advokasi (Maklumat Palsu)
26 Oktober 2019 | Aktiviti TerkiniPada 25 Oktober 2019 (Jumaat), Pusat Internet Rantau Panjang Sibu telah mengadakan Kelas Multimedia (Photografi Mini Studio) dan Advokasi (Maklumat Palsu). Objektif kelas petang itu adalah memantapkan pemahaman peserta-peserta tentang Maklumat Palsu dan Multimedia (Photografi Mini Studio). Kelas ini diadakan selama 3 jam dari jam 2 hingga 5 petang. Seramai 6 orang peserta yang hadir iaitu 5 peserta lelaki dan 1 peserta perempuan. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah.
Kelas dibahagikan kepada 2 sesi iaitu Kelas Advokasi sejam manakala Kelas Multimedia (Photografi Mini Studio) 2 jam. Dalam kelas Advokasi ini adalah berkenaan topik Maklumat Palsu. Pada sesi ini, penerangan tentang apakah dan bagaimana Maklumat ini terjadi. Selain itu juga, peserta didedahkan jenis-jenis maklumat tidak tepat, palsu dan tanpa pengesahan. Disamping itu juga, diperkongsikan dengan para peserta contoh-contoh maklumat yang tidak tepat serta kemudaratan Maklumat Palsu kepada kita. PI Rantau Panjang juga membawa peserta mengetahui bagaimana memastikan maklumat yang dikongsikan dalam media masa adalah sahih.
Manakala dalam Kelas Multimedia (Photografi Mini Studio) peserta-peserta practikal pengambilan gambr menggunakan Mini Studio, dimana penataan cahaya 2 lampu memainkan peranan. Aktiviti dalam kelas ini, membantu peserta mengetahui kepentingan penataan cahaya dalam satu photografi bagi menghasilkan gambar yang cantik. Impak daripada kelas petang tersebut didapati peserta memahami apa yang dikongsikan dalam sesi Kelas Advokasi. Manakala untuk Kelas Kelas Multimedia (Photografi Mini Studio) Learning peserta dapat mengetahui kepentingan penataan cahaya dalam satu photografi. Kami berharap peserta-peserta yang menghadiri Kelas yang diadakan di PI Rantau Panjang ini dapat mempraktikalkan ilmu yang dikongsikan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: