Advokasi (Kuiz)

3 Mac 2019 | Aktiviti Terkini

Pembukaan lembaran bulan Mac 2019, pada 2 Mac 2019 (Sabtu), Pusat Internet Rantau Panjang, Sibu telah mengadakan Kuiz Advokasi dengan 3 tajuk iaitu:

Kelas ini diadakan pada selama 2 jam dari jam 10:00 pagi hingga 12:00 tengahari. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah. Pada kelas ini, dibahagikan kepada 2 kategori iaitu bawah 10 tahun dan atas 10 tahun. Quiz bermula dengan penerangan berkenaan 3 jenis advokasi dengan berpandukan slide powerpoint dengan menerangkan tujuan, bagaimana ia berperanan, jika menjadi mangsa apa tindakan dan tip-tip mengatasinya. Kemudian disusuri dengan kuiz, dengan ganjaran gula-gula bagi setiap soalan yang betul dijawab. Dalam kuiz ini dibahagikan 2 kategori iaitu bawah 10 tahun dan 10 tahun ke atas dimana pemenang bagi kuiz adalah seperti dibawah:

Apa yang kita harapkan impak dari kuiz ini dapat menarik minat peserta untuk menyertai kelas-kelas yang diadakan di Pusat Internet selain daripada kita suntikan pengetahuan advokasi yang berlaku pada masa ini. Melalui pemerhatian, peserta-peserta memberi respon positif dan penuh semangat menjawab soalan yang disediakan. Semoga dengan pendedahan ini dapat dimanfaatkan oleh peserta dengan baik untuk masa sekarang dan akan datang.

TAHNIAH KEPADA YANG MENANG, CUBA LAGI KEPADA YANG MENCUBA.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali