Kelas Advokasi – Kuiz Bertulis dan Softskill - Kepimpinan
20 Oktober 2019 | Aktiviti TerkiniPada 19 Oktober 2019 (Sabtu), Pusat Internet Rantau Panjang telah mengadakan Kelas advokasi – Kuiz Bertulis dan Softskill – Kepimpinan. Kelas ini berlangsung selama 2 jam iaitu dari jam 2 petang hingga 4 petang. Sebanyak 9 orang peserta telah menghadiri kelas ini dimana semua peserta terdiri daripada sekolah rendah.
Kelas advokasi ini adalah bertujuan untuk memantapkan pemahaman peserta tentang advokasi klik dengan bijak dan memantapkan kemahiran kendiri iaitu dalam kemahiran kepimpinan dalam diri. Didalam kelas ini, peserta telah diminta untuk menjawab soalan kuiz yang telah diperdengarkan dari pengendali kelas. Melalui kuiz ini, peserta telah dinilai sejauh mana pemahaman mereka tentang advokasi yang telah didedahkan kepada mereka. Ternyata 98 peratus peserta dapat menjawab soalan kuiz tersebut dengan baik. Dalam masa yang sama, peserta juga dipraktik untuk mengilapkan lagi kemahiran kepimpinan dalam diri pelajar. Peserta telah diminta untuk mewakili kumpulan menerangkan jawapan yang telah dibincang dalam kumpulan.
Kesimpulan nya, peserta telah memahami lebih dalam lagi tentang advokasi yang selalu diterang pada setiap kelas berlangsung dengan dapat menjawab soalan kuiz yang telah diberi. Peserta juga diberi kekuatan untuk tampil mewakili kumpulan mereka bagi menerangkan perkara yang telah dibincang bersama kumpulan masing masing. Semoga kelas yang diadakan oleh Pusat Internet dapat membewri manfaat kepada semua golongan masyarakat sekitar.
#KLIK DENGAN BIJAK
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: