Kelas Keusahawanan dan Kelas Advokasi (Panggilan Palsu)
30 September 2019 | Aktiviti TerkiniPada 29 September 2019 (Ahad), Pusat Internet Rantau Panjang Sibu telah mengadakan Kelas Keusahawanan dan Kelas Advokasi (Panggilan Palsu). Objektif kelas ini adalah untuk mededahkan pengetahuan kepada peserta terhadap bidang Keusahawanan dan memberi kesedaran kepada peserta tentang Advokasi Panggilan Palsu. Kelas ini dilangsungkan selama 2 jam iaitu dari jam 2 hingga 4 petang. Sekurang kurangnya ada 10 peserta telah hadir ke kelas ini yang melibatkan 4 orang peserta lelaki dan 6 orang peserta perempuan. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah.
Kelas keusahawanan telah berlangsung selama satu jam manakala kelas Advokasi Panggilan Palsu pula ialah selama satu jam. Didalam kelas keusahawanan, peserta diterangkan tentang definisi dan asas keusahawanan dan ciri ciri kesusahawanan. Peserta telah diterangkan dengan maksud keusahawanan dan diberi contoh perusahaan yang telah berjaya dipersada dunia sekarang ini seperti tokoh tokoh usahawan. Diakhir sesi kelas keusahawanan ini, peserta telah dibahagikan kepada 5 kumpulan iaitu 2 orang dalam satu kumpulan dengan aktiviti membentang satu tokoh usahawan berjaya didalam kelas. Peserta juga dapat mempelajari beberapa usahawan dan sejarah perusahaan tokoh di malaysia dan luar negara.
Sesi yang kedua pula, kelas telah membincangkan advokasi panggilan palsu yang sering berlaku pada masa ini. Peserta telah diberi kesedaran tentang bahaya nya menerima panggilan yang tidak dikenali atau panggilan yang meragukan. Ternyata kebanyakan peserta telah memahami advokasi ini kerana seringkali diberi pendedahan suatu sesi kelas dijalankan. Kesimpulannya, pada akhir kelas peserta telah memahami asas keusahawanan dan ingin mendalami lebih lagi tentang keusahawanan. Kelas advokasi juga sangat berkesan dalam menangani “internet fraud” atau Jenayah Siber dikalangan masyarakat. Semoga program ini sentiasa dijalankan untuk manfaat bersama.
# Klik Dengan Bijak
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: