Softskill (Lukis Rumah Saya) & Advokasi (Sexting serta Peranan Ibubapa)

17 Februari 2019 | Aktiviti Terkini

Pusat Internet Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Softskill dengan tajuk Lukis Rumah Saya. Objektif aktiviti ini adalah menilai keperibadian peserta melalui lukisan rumah mereka. Pada sesi kelas ini juga, Advokasi berkenaan Sexting serta peranan ibubapa turut diselitkan. Aktiviti ini diadakan selama 2 jam dari jam 2 hingga 4 petang. Peserta yang hadir adalah dikalangan pelajar 7 orang pelajar iaitu pelajar sekolah rendah dan menengah.

Dalam aktiviti ini, peserta diberikan penerangan tentang Advokasi Sexting serta peranan ibubapa. Pemilihan tajuk ini dipilih bagi membantu peserta dengan lebih dalam apa sebenarnya Sexting dan apakah peranan ibubapa dalam menghadapi dunia siber yang melanda kanak-kanak dewasa ini. Setelah itu, disambung dengan Kelas Softskills dengan memberi tajuk ringkas iaitu Lukis Rumah Saya. Dalam kelas ini, didapati ada segetir peserta yang serius melukis lukisan mereka dengan menambah item seperti pagar, anjing, jam, ibubapa, abang, pokok. Dari pernilaian, bagi peserta yang melukis rumah mereka dengan melukis pagar dan anjing menunjukkan mereka amat menjaga keselamatan rumah.

Dalam pada itu juga, ada peserta yang agak bercelaru dalam lukisan mereka dimana kedudukan item yang dipilih tidak sesuai seperti bukit berada di bahagian bawah kawasan rumah. Ada juga peserta yang hanya melukis sebuah rumah sahaja tanpa menambah item dan terdapat juga peserta meniru lukisan peserta disebelah. Pada Kelas Softskill ini didapati seorang peserta 8 tahun telah melukis lukisan rumahnya dengan sempurna, kemas dan pantas. Ketika sekeping kertas diedarkan, tanpa banyak songeh beliau telah menghasilkan 1 lukisan yang baik. Moga dengan pendedahan ini, peserta-pesarta dapat memperbaiki salsiah diri mereka untuk menempuh masa depan mereka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali